Skip to content

Seksyen 26

Bagaimana orang yang ditangkap diuruskan

of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

ActIn forceProvision 26 of 42
Seksyen 26
(1)

Seorang pegawai yang diberi kuasa yang membuat penangkapan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai hendaklah tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya membawa orang yang ditangkap itu ke hadapan seorang

Majistret.

(2)

Tiada seorang pun pegawai yang diberi kuasa boleh menahan dalam jagaan seseorang yang ditangkap bagi tempoh yang lebih lama daripada yang munasabah mengikut segala hal keadaan kes itu.

(3)

Tempoh tersebut tidaklah boleh sekiranya tidak ada atau selepas tamat tempoh perintah khas seorang Majistret di bawah seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] yang melebihi dua puluh empat jam, tidak termasuk masa yang diambil bagi perjalanan perlu dari tempat penangkapan ke Mahkamah Majistret.