Skip to content

Seksyen 4

Pemerdapatan pinjaman

of Akta Pinjaman Luar Negeri 1963

ActIn forceProvision 4 of 7
Seksyen 4
(1)

Pinjaman luar negeri hendaklah diperdapatkan—

(a)

mengikut apa-apa cara;

(b)

dengan apa-apa perkiraan; atau

(c)

dengan pewujudan dan pengeluaran apa-apa sekuriti, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.

(1A)

Tanpa menjejaskan subseksyen (2), mana-mana pinjaman luar negeri yang diperdapatkan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri.

(2)

Sekuriti yang dikeluarkan bagi pemerdapatan mana-mana pinjaman luar negeri di bawah perenggan (1)(c) hendaklah dikenakan apa-apa kadar bunga, dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat tentang pembayaran balik, penebusan dan perkara lain

(termasuk peruntukan bagi suatu kumpulan wang penjelas)

sebagaimana yang ditentukan oleh atau dengan kuasa Menteri.

(3)

Berkaitan dengan pemerdapatan mana-mana pinjaman luar negeri di bawah perenggan (1)(c), Menteri boleh membuat apa-apa perkiraan sebagaimana yang difikirkannya patut bagi penajajaminan mana-mana tawaran bagi langganan atau penjualan sekuriti itu.

(4)

Subseksyen (1), (1A) dan (2) hendaklah memberi kuasa kepada Menteri untuk memasukkan antara terma dan syarat mana-mana pinjaman luar negeri peruntukan bagi pengecualian daripada cukai atau bagi mengecualikan daripada kawalan pertukaran caj hutang atau apa-apa perihalan caj hutang berkenaan dengan sesuatu pinjaman luar negeri; dan Menteri hendaklah melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memberi kesan kepada mana-mana pengecualian daripada cukai atau kawalan pertukaran sedemikian, dan apa-apa perintah itu hendaklah berkuat kuasa walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan cukai, atau kawalan pertukaran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Pinjaman Luar Negeri 9

(5)

Tanpa menjejaskan mana-mana peruntukan yang terdahulu, terma dan syarat yang dibenarkan oleh subseksyen (1), (1A) dan (2)

boleh mengandungi peruntukan bagi perkara yang berikut:

(a)

bagi pemertanggungan ke atas mana-mana aset (sama ada pada asalnya atau sekiranya hutang lain bagi

Malaysia dipertanggungkan ke atasnya) caj hutang atau apa-apa perihalan caj hutang berkenaan dengan sesuatu pinjaman luar negeri;

(b)

bagi Malaysia, dalam prosiding yang berhubungan dengan pinjaman luar negeri, untuk mengemukakan kepada bidang kuasa mahkamah negara di mana pinjaman itu diperdapatkan.

(6)

Segala caj hutang berkenaan dengan mana-mana pinjaman luar negeri hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang

Disatukan Persekutuan (sebagaimana yang diperuntukkan oleh

Perkara 98 Perlembagaan Persekutuan), dan subseksyen (1), (1A)

dan (2) mempunyai kuat kuasa tertakluk pada Perkara itu.

(7)

Dalam seksyen ini “caj hutang” termasuklah bunga, caj kumpulan wang penjelas, pembayaran balik atau pelunasan hutang, dan segala perbelanjaan berkaitan dengan pemerdapatan pinjaman dan perkhidmatan dan penebusan hutang yang diwujudkan olehnya.