Seksyen 5
Pengurusan pinjaman luar negeri
of Akta Pinjaman Luar Negeri 1963
Berkaitan dengan mana-mana pinjaman luar negeri Menteri boleh melalui apa-apa surat ikatan—
(a)
melantik seorang
Pendaftar, dan mengadakan peruntukan bagi penubuhan dan penyenggaraan suatu daftar bagi apa-apa sekuriti, bagi penempatan daftar itu dan bagi takat yang daftar itu menjadi muktamad bagi hakmilik kepada sekuriti itu atau bagi apa-apa perkara lain;
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 403
(b)
mengadakan peruntukan bagi penukaran sekuriti berdaftar kepada sekuriti yang boleh dipindah milik melalui penghantarserahan, atau sebaliknya;
(c)
mengadakan peruntukan bagi pengesahan perakuan yang berhubungan dengan sekuriti atau dokumen lain;
(d)
melantik pemegang amanah bagi mana-mana kumpulan wang penjelas, dan mengadakan peruntukan bagi pelaburan, pengurusan dan penggunaan kumpulan wang penjelas itu;
(e)
membolehkan mana-mana surat ikatan sedemikian diubah suai dengan atau tanpa menghendaki persetujuan suatu mesyuarat pemegang sekuriti, dan mengadakan peruntukan atau bagi memanggil dan menjalankan mesyuarat sedemikian bagi maksud itu atau mana-mana maksud lain, dan majoriti yang dikehendaki pada mesyuarat sedemikian bagi keputusan mesyuarat itu mengenai apa-apa perkara yang mengikat pemegang sekuriti;
(f)
pada amnya mengawal selia, atau memberi kuasa kepada Pendaftar untuk mengawal selia, pengurusan pinjaman dan semua perkara berbangkit yang berkaitan dengannya.