Skip to content

Seksyen 6

Pertukaran sekuriti

of Akta Pinjaman Luar Negeri 1963

ActIn forceProvision 6 of 7
Seksyen 6
(1)

Menteri boleh, bagi maksud menjalankan apa-apa perkiraan yang dibuat dengan pemegang sekuriti yang dikeluarkan di bawah

Akta ini bagi pertukaran sekuriti itu (sama ada pada atau sebelum matang, dan sama ada dengan atau tanpa apa-apa pembayaran lanjut), mewujudkan dan mengeluarkan apa-apa sekuriti lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, dan seksyen 4 dan 5 hendaklah terpakai, dengan apa-apa penyesuaian yang perlu, bagi sekuriti yang dikeluarkan di bawah seksyen ini seolah-olah sekuriti itu dikeluarkan bagi pemerdapatan suatu pinjaman luar negeri.

Pinjaman Luar Negeri 11

(2)

Mana-mana perkiraan yang dibuat bagi pertukaran sekuriti di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi membuat pembayaran kepada pemegang sekuriti yang ditukarkan; dan apa-apa pembayaran sedemikian dan segala perbelanjaan lain bagi apa-apa pertukaran itu boleh dijelaskan daripada lebihan (jika ada) yang diwujudkan oleh pertukaran itu dalam mana-mana kumpulan wang penjelas yang berhubungan dengan sekuriti yang ditukarkan itu dan, jika tidak dijelaskan sedemikian, hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan sebagai sebahagian daripada caj hutang bagi sekuriti itu.

(3)

Dalam mana-mana pertukaran sekuriti di bawah seksyen ini lebihan (jika ada) yang diwujudkan dalam mana-mana kumpulan wang penjelas yang berhubungan dengan sekuriti yang ditukarkan itu, atau sekian banyak daripadanya yang tidak digunakan di bawah subseksyen (2), boleh jika Menteri mengarahkan sedemikian dipindahkan kepada mana-mana kumpulan wang penjelas lain yang berhubungan dengan sekuriti Malaysia, dan tertakluk padanya hendaklah digunakan pada bila-bila masa dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dalam penebusan sekuriti

Malaysia.

(4)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi mana-mana penukaran sekuriti yang dibenarkan oleh seksyen 31 Ordinan Pinjaman dan Saham Am 1949, seolah-olah sekuriti itu telah dikeluarkan bagi pemerdapatan pinjaman luar negeri; dan dengan sewajarnya dalam perenggan (1)(b) seksyen itu bagi perkataan “saham hendaklah dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan ini” hendaklah digantikan dengan perkataan “sekuriti hendaklah dikeluarkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 6 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963”.