Factories and Machinery Act 1967 · Updated to 1 Aug 2016 · Bahagian II · Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan
20. Kewajipan orang yang diambil kerja
Feedback & supportTiada seorang pun yang diambil kerja di dalam mana-mana kilang atau di mana-mana tempat yang apa-apa jentera dipasang boleh dengan sengaja mengganggu atau menyalahgunakan apa-apa cara, alat, kemudahan atau benda lain yang diperuntukkan menurut Akta ini bagi menjamin keselamatan, kesihatan atau kebajikan orang yang diambil kerja di kilang atau di tempat yang jentera itu dipasang; dan jika apa-apa cara atau alat bagi menjamin keselamatan, kesihatan atau kebajikan disediakan untuk kegunaan orang di bawah Akta ini, dia hendaklah menggunakan cara atau alat itu.
Tiada seorang pun yang diambil kerja di dalam mana-mana kilang atau di mana-mana tempat yang apa-apa jentera dipasang, boleh dengan sengaja dan tanpa sebab yang munasabah bertindak dalam apa-apa cara yang menyebabkan atau mungkin menyebabkan kecederaan badan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain atau kerosakan kepada apa-apa jentera atau harta lain.