Skip to content

Seksyen 25

Peruntukan yang berhubungan dengan kebajikan

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 32 of 70
Seksyen 25

(1)

Berkenaan dengan mana-mana kilang, peruntukan yang berikut yang berhubungan dengan kebajikan orang hendaklah terpakai:

(a)

hendaklah disediakan dan disenggarakan bagi kegunaan orang yang diambil kerja di dalamnya—

(i)

tempat yang mencukupi dan sesuai untuk pakaian yang tidak dipakai semasa waktu kerja;

dan

(ii)

apa-apa perkiraan yang semunasabahnya dapat dilaksanakan bagi mengeringkan pakaian itu;

(b)

hendaklah disediakan dan disenggarakan di tempat yang sesuai yang mudah diperolehi secara munasabah oleh semua orang yang diambil kerja di dalamnya—

(i)

bekalan air minum yang mencukupi yang selamat dan berkhasiat; dan

(ii)

kemudahan yang mencukupi dan sesuai untuk membasuh yang hendaklah disimpan dalam keadaan yang bersih; dan

(c)

hendaklah disediakan dan disenggarakan suatu peti atau almari pertolongan cemas yang akses kepadanya mudah mengikut standard yang ditetapkan dan apabila lebih daripada seratus lima puluh orang diambil kerja pada satu masa, suatu bilik pertolongan cemas yang sesuai mengikut standard yang ditetapkan hendaklah juga disediakan dan disenggarakan.

Kilang dan Jentera 41

(2)

Menteri boleh bagi kilang atau bagi mana-mana kelas kilang atau bahagiannya menetapkan standard untuk dipatuhi berkenaan dengan semua peruntukan dalam subseksyen yang terdahulu berhubungan dengan kebajikan orang yang diambil kerja.