Seksyen 34
of Akta Kilang dan Jentera 1967
Seksyen 34
(1)
Tiap-tiap orang yang pada mula kuat kuasa Akta ini menduduki atau mengguna mana-mana premis sebagai suatu kilang hendaklah—
(a)
dalam tempoh tiga bulan dari tarikh itu mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa apa-apa butir sebagaimana yang boleh ditetapkan; dan selepas itu;
(b)
dalam tempoh enam bulan apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Ketua Pemeriksa mengemukakan apa-apa butir lanjut sebagaimana yang ditetapkan.
(2)
Tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis Pemeriksa, mula menggunakan mana-mana premis sebagai kilang sehingga satu bulan selepas dia menyampaikan kepada
Pemeriksa suatu notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.
(b)
Subseksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang mengambil alih sesuatu kilang daripada orang lain jika tiada perubahan dalam sifat kerja yang dijalankan di dalam kilang itu dengan syarat bahawa orang pertama itu hendaklah dalam tempoh satu bulan dari pengambilalihan itu menyampaikan kepada Pemeriksa notis bertulis mengikut bentuk yang ditetapkan.
(3)
Seksyen ini tidaklah terpakai bagi pengendalian bangunan dan kerja binaan kejuruteraan.