Seksyen 18
Jentera yang dibuat atau dibaiki mestilah mematuhi peraturan-peraturan
of Akta Kilang dan Jentera 1967
ActIn forceProvision 24 of 70
Seksyen 18
(1)
Tiada seorang pun boleh membuat, membaiki atau memasang jentera mengikut cara sedemikian yang tidak mematuhi peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya yang terpakai kepada jentera itu.
(2)
Tiada seorang pun boleh mengimport apa-apa jentera selain jentera penghantaran yang tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang terpakai bagi jentera itu.