Skip to content

Seksyen 26

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 33 of 70

Seksyen 26

Tiada seorang pun boleh diambil kerja pada mana-mana mesin atau dalam apa-apa proses, yang merupakan mesin atau proses yang boleh menyebabkan kecederaan badan, melainkan jika dia telah diberi arahan sepenuhnya tentang bahaya yang mungkin berbangkit berkaitan dengannya dan langkah-langkah untuk dipatuhi, dan—

(a)

telah menerima arahan yang mencukupi tentang kerja pada mesin atau proses itu; atau

(b)

di bawah pengawasan yang mencukupi oleh seseorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman tentang mesin atau proses itu.