Skip to content

Seksyen 5

Pengawasan pegawai

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 5 of 70
Seksyen 5

(1)

Semua Timbalan Ketua Pemeriksa, Pemeriksa Kanan dan

Pemeriksa dan semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 4(2) hendaklah tertakluk kepada arahan dan pengawasan Ketua

Pemeriksa.

(2)

Seseorang Pemeriksa Kanan hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak oleh Akta ini pada

Pemeriksa dan Ketua Pemeriksa dan seseorang Timbalan Ketua

Pemeriksa hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua kuasa yang terletak hak pada Pemeriksa Kanan atau Pemeriksa.

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 139

(3)

Ketua Pemeriksa boleh secara bertulis mewakilkan mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang diserah hak kepadanya di bawah Akta ini kepada mana-mana Timbalan Ketua Pemeriksa,

Pemeriksa Kanan atau Pemeriksa tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(4)

Suatu perwakilan di bawah seksyen ini tidak boleh menghalang

Ketua

Pemeriksa daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi, kuasa atau kewajipan yang telah diwakilkan itu.