Skip to content

Seksyen 9

Kerahsiaan maklumat

of Akta Kilang dan Jentera 1967

ActIn forceProvision 15 of 70
Seksyen 9
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau untuk maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah Akta ini atau apa-apa undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun yang dilantik di bawah seksyen 4 atau orang berlesen dan pekerja kepada orang berlesen boleh mendedahkan apa-apa rahsia pengeluaran atau perdagangan yang boleh pada bila-bila masa sampai kepada pengetahuannya atau yang telah diperolehnya dalam penjalanan tugasnya di bawah Akta ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.