Seksyen 6
Pegawai ialah pekhidmat awam
of Akta Kilang dan Jentera 1967
ActIn forceProvision 6 of 70
Seksyen 6
(1)
Semua pegawai yang dilantik di bawah seksyen 4 hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun
Keseksaan [Akta 574].
(2)
Orang berlesen, semua pekhidmat dan ejen dan orang lain yang diambil kerja olehnya hendaklah, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai orang berlesen dan pekhidmat, ejen dan pekerja itu, disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian
Kanun Keseksaan.