Seksyen 26
Bukti mengenai catatan dalam buku Pertubuhan Peladang dan unit anggota
of Akta Pertubuhan Peladang 1973
Suatu salinan bagi sesuatu catatan dalam buku sesuatu
Pertubuhan Peladang atau unit anggota bagi Pertubuhan Peladang itu yang biasa disimpan dalam perjalanan urusannya hendaklah, jika diperakui mengikut cara yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan, diterima dalam mana-mana prosiding undang-undang, sivil atau jenayah, sebagai keterangan prima facie mengenai adanya catatan itu dan hendaklah diterima sebagai keterangan mengenai perkara, transaksi dan akaun yang direkodkan di dalamnya itu dalam tiap-tiap hal jika dan setakat yang catatan asal itu sendiri boleh diterima sebagai keterangan.
(2)
Tiada seorang pegawai bagi mana-mana Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu boleh, dalam mana-mana prosiding undang-undang yang dalamnya Pertubuhan Peladang atau unit anggota itu tidak menjadi suatu pihak, dipaksa untuk mengemukakan apa-apa buku Pertubuhan Peladang atau unit anggota, yang kandungannya boleh dibuktikan di bawah subseksyen (1) atau dipaksa hadir sebagai saksi untuk membuktikan sesuatu perkara, urusan atau akaun yang direkodkan di dalamnya, melainkan jika diarahkan sedemikian oleh mahkamah atas sebab-sebab khas.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 109
Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendak tentang pendaftaran, dsb.