Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2012Read it in English

Bahagian VI · Pelbagai

27. Kuasa khas Menteri bagi mengecualikan daripada kehendak tentang pendaftaran, dsb

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini

Menteri boleh, dengan perintah khas bagi setiap hal dan tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, sebagaimana yang boleh dikenakannya, mengecualikan mana-mana Pertubuhan Peladang daripada apa-apa kehendak Akta ini tentang pendaftaran.

(2)

Menteri boleh, dengan perintah am atau khas, mengecualikan mana-mana Pertubuhan Peladang daripada mana-mana peruntukan lain Akta ini, atau boleh mengarahkan bahawa peruntukan itu hendaklah terpakai bagi Pertubuhan Peladang itu mulai dari suatu tarikh atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.

Report