Skip to content

Seksyen 29

Dilarang menggunakan perkataan “Pertubuhan Peladang”

of Akta Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 36 of 43
Seksyen 29
(1)

Tiada seorang pun, pertubuhan atau syarikat atau persatuan melainkan Pertubuhan Peladang yang didaftarkan di bawah Akta ini boleh berniaga atau menjalankan urusan atas apa-apa nama atau gelaran yang sebahagiannya mengandungi perkataan “Pertubuhan

Peladang” tanpa kebenaran Menteri:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai terhadap penggunaan oleh seseorang, sesuatu pertubuhan atau syarikat atau persatuan atau penggantinya dalam kepentingan apa-apa nama atau gelaran yang perniagaan atau urusan telah dijalankan pada permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit, dan, mengenai kesalahan yang berterusan, denda tambahan sebanyak lima puluh ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan.