Seksyen 12
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri dan mana-mana orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat berkenaan dengan harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki atau diarahkan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, selepas berakhir setiap tahun kewangan, menyebabkan supaya dibuat dan dihantar kepada
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada
Kerajaan mana-mana Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan aktiviti Lembaga dalam tahun kewangan yang lalu dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar
Lembaga sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(3)
Menteri hendaklah menyebabkan suatu salinan tiap-tiap laporan itu dibentangkan di meja Dewan Rakyat.
Lembaga Pertubuhan Peladang 15