Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Lembaga
6. Penubuhan Majlis
Feedback & supportDengan ini ditubuhkan suatu badan bernama “Majlis Penasihat
Peladang” yang fungsinya ialah—
pada amnya menasihati Menteri tentang perkara berkenaan dengan kemajuan Pertubuhan Peladang; dan
menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Menteri.
Majlis itu hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengerusi Lembaga yang hendaklah menjadi Pengerusi
Majlis;
Timbalan Pengerusi Lembaga yang hendaklah menjadi
Timbalan Pengerusi Majlis;
12
Undang-Undang Malaysia
Ketua Pengarah Lembaga yang hendaklah menjadi
Setiausaha Majlis;
Ketua Pengarah Pertanian;
Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi;
seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani;
seorang wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah;
seorang wakil Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi;
seorang wakil Perbendaharaan;
seorang wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;
seorang wakil Jabatan Perdana Menteri;
seorang wakil dari setiap Negeri dalam Malaysia; dan
tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri.
Perenggan 1, 2, 3, 7, 8 dan 9 dan subperenggan 4(3), 4(4)
dan 4(5) Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Majlis dengan apa-apa ubah suaian yang perlu.
Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua kali dalam tiap-tiap tahun kalendar.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang mempengerusikan mesyuarat itu dan sepuluh orang anggota lain hendaklah menjadi kuorum dalam mana-mana mesyuarat Majlis.