Seksyen 9
Kuasa Menteri untuk memberikan arahan
of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
Lembaga hendaklah bertanggungjawab kepada Menteri, dan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang tidak bertentangan dengan peruntukan Akta ini dan Lembaga hendaklah melaksanakan semua arahan itu dengan seberapa segera yang mungkin.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), dan tertakluk kepada rundingan dengan Lembaga, kuasa Menteri untuk memberikan arahan hendaklah termasuk memberikan arahan kepada Lembaga—
(a)
tentang pelupusan aset modal; dan
(b)
tentang penggunaan hasil daripada pelupusan itu, walaupun arahan itu daripada sesuatu jenis yang tertentu:
Dengan syarat bahawa selagi apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga mengikut peruntukan Akta ini masih belum selesai, maka tiada arahan boleh diberikan kecuali dengan persetujuan
Menteri Kewangan.