Seksyen 14
Ketua Pengarah hendaklah menjadi Ketua Pegawai Kerja
of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, mengambil kerja dan melantik seorang Ketua Pengarah untuk menjadi Ketua
Pegawai Kerja atas apa-apa terma dan syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga.
(2)
Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi menyediakan program, skim atau projek untuk pertimbangan
Lembaga dan bagi melaksanakan program, skim atau projek itu dan arahan Pengerusi.
(3)
Tertakluk kepada arahan Pengerusi, Ketua Pengarah mempunyai kuasa mengawal pegawai dan pekhidmat Lembaga dari segi pentadbiran.
(4)
Ketua Pengarah hendaklah menjalankan apa-apa kewajipan lain atau tambahan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga atau Menteri dari semasa ke semasa atau sebagaimana yang diarahkan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.
16
Undang-Undang Malaysia