Seksyen 15
Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah seksyen 18, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya wajar mana-mana orang sebagai
Pegawai Kerja dan pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan maksud Akta ini.
(2)
Tiada seseorang pun layak diambil kerja sebagai Pegawai
Kerja atau pegawai atau pekhidmat Lembaga jika orang itu, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau sesuatu kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
(3)
Mana-mana Pegawai Kerja atau pegawai atau pekhidmat
Lembaga yang mempunyai atau memperoleh apa-apa syer atau kepentingan itu boleh menurut budi bicara Lembaga dibuang kerja secara terus tanpa notis.
Bahagian boleh didirikan