Skip to content

Seksyen 17A

Penubuhan Lembaga Rayuan Tatatertib

of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 18 of 41
Seksyen 17A
(1)

Hendaklah ada suatu Lembaga Rayuan Tatatertib Lembaga yang hendaklah terdiri daripada ahli yang berikut:

(a)

Pengerusi, yang hendaklah menjadi pengerusi Lembaga

Rayuan Tatatertib itu dan hendaklah mempunyai undi pemutus; dan

(b)

tiga orang anggota Lembaga, yang bukan anggota

Jawatankuasa Tatatertib yang keputusannya ialah hal perkara rayuan itu, yang hendaklah dilantik oleh pengerusi

Lembaga Rayuan Tatatertib itu dengan kelulusan Lembaga bagi maksud rayuan itu.

(2)

Apabila Lembaga Rayuan Tatatertib menimbangkan sesuatu rayuan yang dibuat di bawah seksyen 17, seseorang anggota

Jawatankuasa Tatatertib yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang juga anggota Lembaga tidak boleh hadir pada atau dengan apa-apa cara mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding yang berhubungan dengan rayuan itu.