Seksyen 26
Kuasa untuk meminjam
of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973
Lembaga boleh dari semasa ke semasa meminjam, mengikut apa-apa kadar bunga dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan
Menteri Kewangan, apa-apa jumlah wang yang dikehendaki oleh
Lembaga bagi menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau bagi menjalankan mana-mana daripada kewajipannya.
(2)
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, meminjam wang dengan mengeluarkan bon, debentur atau saham debentur atau mendapatkan modal dengan mengeluarkan syer atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya suai manfaat, bagi semua atau mana-mana daripada maksud yang berikut:
(a)
peruntukan bagi modal kerja;
(b)
memenuhi kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;
(c)
memenuhi apa-apa fungsi tambahan sebagaimana yang diaku janji oleh Lembaga di bawah Akta ini;
(d)
menebus apa-apa syer atau saham yang ia dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
(e)
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
26
Undang-Undang Malaysia