Skip to content

Seksyen 30

Kuasa menubuhkan perbadanan

of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 33 of 41
Seksyen 30
(1)

Lembaga boleh dari semasa ke semasa, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta, menubuhkan suatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk melaksanakan dan menjaga, menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya.

(2)

Peruntukan Jadual Keempat hendaklah terpakai bagi perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subseksyen (1).

Lembaga Pertubuhan Peladang 27