Skip to content

Seksyen 31

Pengambilan tanah dengan paksa

of Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973

ActIn forceProvision 34 of 41
Seksyen 31
(1)

Apabila sesuatu harta tak alih, yang bukan tanah Kerajaan, dikehendaki diambil oleh Lembaga bagi maksud Akta ini, maka harta itu boleh diambil mengikut peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengambilan tanah bagi sesuatu maksud awam yang pada masa ini berkuat kuasa dalam

Negeri itu, dan apa-apa perisytiharan yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang bertulis itu bahawa tanah itu adalah dikehendaki sedemikian boleh dibuat walaupun pampasan akan dibayar oleh

Lembaga; dan perisytiharan itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah perisytiharan itu ialah suatu perisytiharan bahawa tanah itu dikehendaki bagi sesuatu maksud awam mengikut undang-undang bertulis itu.

(2)

Perbelanjaan dan pampasan mengenai apa-apa harta tak alih yang diambil di bawah seksyen ini hendaklah dibayar oleh Lembaga.

(3)

Apabila apa-apa harta tak alih telah diperoleh di bawah seksyen ini, Lembaga hendaklah mengambil cabutan suratan hakmilik yang perlu mengenai harta itu dan hendaklah membayar apa-apa sewa yang dikenakan atas harta itu.