Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jalan-Jalan Persekutuan
(Pengurusan Persendirian) 1984.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984 is Malaysia Act, cited as Act 306 1984, currently marked in force and first recorded in 1984.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA DIKEMAS KINI
Akta 306
AKTA JALAN-JALAN
PERSEKUTUAN (PENGURUSAN
PERSENDIRIAN) 1984
Sebagaimana pada 1 November 2012
2
Tarikh Perkenan Diraja…
…
…
…
27 Jun 1984
Tarikh penyiaran dalam Warta
…
…
…
…
28 Jun 1984
Kali terakhir dipinda melalui
Akta A892 yang mula berkuat kuasa pada
…
...
…
…
8 Julai 1994
3
Akta 306
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Jalan-Jalan Persekutuan
(Pengurusan Persendirian) 1984.
Perintah bagi pemungutan tol
(1)
Adalah sah di sisi undang-undang bagi Menteri yang bertanggungjawab mengenai kerja-kerja melalui perintah yang disiarkan dalam Warta untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang yang telah bersetuju untuk membina, membina semula, meningkat, membaiki atau menyenggara mana-mana jalan, jambatan atau feri yang telah diisytiharkan atau akan diisytihar sebagai jalan, jambatan atau feri Persekutuan di bawah Akta Jalan Persekutuan 1959 [Akta 376] atau yang ada dalam mana-mana Wilayah
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 306
Persekutuan untuk meminta, memungut dan menyimpan tol bagi tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu bagi penggunaan jalan, jambatan atau feri tersebut oleh mana-mana orang atau kelas kenderaan.
Suatu perintah di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan―
jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan;
orang atau kelas kenderaan yang berkenaan dengannya tol boleh diminta, dipungut dan disimpan;
Pemasangan galang
Mana-mana orang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 boleh menyebabkan suatu galang dipasangkan di mana-mana tempat di mana tol akan dibayar, dan galang tersebut boleh diletakkan terhadap mana-mana orang atau kenderaan sehingga tol yang kena dibayar berkenaan dengan orang atau kenderaan tersebut telah dibayar.
Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 7
Akaun, buku, rekod, dsb., berkenaan dengan tol
Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2―
hendaklah menyenggara apa-apa akaun, buku dan rekod berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri;
hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa maklumat, penyata dan akaun berkenaan dengan pembayaran dan pungutan tol sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri;
dan
hendaklah membenarkan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Menteri untuk mempunyai akses kepada, atau untuk memeriksa atau meneliti, mana-mana akaun, buku, rekod, dokumen, jentera atau alat yang disenggarakan atau digunakan bagi pembayaran atau pungutan tol.
Tugas untuk menyenggara jalan, jambatan atau feri
Mana-mana orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 hendaklah menyenggara dalam keadaan baik dan menurut amalan kejuruteraan yang baik ke atas jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat.
Imuniti Kerajaan Malaysia
Kerajaan Malaysia tidaklah bertanggungan ke atas mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa jua jenis kecederaan, kerosakan atau kehilangan yang timbul daripada kegagalan orang yang berhak meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah suatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 2 atau menurut kuasa subseksyen 7(3)
untuk menjalankan mana-mana tugasnya di bawah seksyen 5.
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 306
Penyerahhakan hak meminta, memungut dan menyimpan tol
(1)
Menteri, dengan persetujuan Menteri Kewangan, boleh dalam hal yang sesuai, setelah mengambil kira kepentingan orang yang diberi kuasa untuk meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2, melalui pemberitahuan dalam
Warta membenarkan, tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana
Menteri fikirkan patut, penyerahhakan hak orang yang diberi kuasa itu untuk meminta, memungut dan menyimpan tol kepada mana-mana orang yang ada kepentingan dalam pembiayaan pembinaan, pembinaan semula, peningkatan, pembaikan atau penyenggaraan jalan, jambatan atau feri yang berkenaan (dalam seksyen ini disebut
“pemegang serah hak”).
hendaklah menyatakan jangka masa kebenaran itu, yang mana tidak boleh lebih lama daripada jangka masa pemberian kuasa yang dinyatakan dalam perintah yang berkenaan di bawah seksyen 2.
Selama jangka masa kebenaran di bawah subseksyen (1) itu, pemegang serah hak hendaklah disifatkan sebagai orang diberi kuasa meminta, memungut dan menyimpan tol di bawah seksyen 2 bagi penggunaan jalan, jambatan dan feri yang berkenaan dan hendaklah mematuhi seksyen 3, 4 dan 5.
Kesalahan
(1)
Mana-mana orang yang menggunakan atau cuba menggunakan mana-mana jalan, jambatan atau feri yang berkenaan dengannya suatu perintah telah dibuat di bawah seksyen 2 tanpa membayar tol yang ditetapkan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, hendaklah didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima ribu ringgit.
Walau apa pun subseksyen (1) tol yang kena dibayar menurut kuasa suatu perintah yang dibuat menurut seksyen 2
bolehlah didapatkan melalui tindakan di sisi undang-undang oleh orang yang diberi kuasa sedemikian di bawah seksyen tersebut.
Jalan-Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 9
Seksyen 173A Kanun Tatacara Jenayah tidaklah terpakai berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1).
Dalam tiap-tiap kes apabila pesalah itu dihukum membayar denda di bawah seksyen ini mahkamah yang menjatuhkan hukuman hendaklah mengarahkan bahawa sekiranya dia ingkar membayar denda itu pesalah itu hendaklah dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun, dan pemenjaraan itu adalah sebagai tambahan kepada apa-apa hukuman pemenjaraan lain yang dijatuhkan ke atasnya atau yang boleh dikenakan ke atasnya menurut sesuatu peringanan hukuman.
______________________________
10
Akta 306
SENARAI PINDAAN
Undan-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta A677
Akta Jalan-Jalan Persekutuan 25-09-1987;
(Pengurusan Persendirian)
s.2: 01-01-1987
(Pindaan) 1987
Akta A892
Akta Jalan-Jalan Persekutuan 08-07-1994
(Pengurusan Persendirian)
(Pindaan) 1994
_________________
11
Akta 306
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2
Akta A677
01-01-1987
6
Akta A677
25-09-1987
7
Akta A677
25-09-1987
8
Akta A892
08-07-1994
_____________
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.