Skip to content

Seksyen 21

Permohonan untuk kebenaran perancangan

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 21 of 66
Seksyen 21

(1)

Sesuatu permohonan untuk kebenaran perancangan berkenaan dengan sesuatu pembangunan hendaklah dibuat kepada

Datuk Bandar dan hendaklah dibuat dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butir-butir dan disertakan dengan apa-apa dokumen, pelan dan fi sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Jika pemohon itu bukan pemunya tanah yang di atasnya pembangunan hendak dijalankan, kebenaran bertulis pemunya tanah itu mengenai pembangunan yang dicadangkan itu hendaklah diperoleh dan dicatitkan atas permohonan itu.

(3)

Jika pembangunan itu melibatkan pendirian sesuatu bangunan,

Datuk Bandar boleh memberi arahan bertulis kepada pemohon berkenaan dengan mana-mana daripada perkara berikut―

(a)

paras tapak dan tinggi bangunan ini dari paras permukaan laut;

(b)

garisan bidang hadapan dengan bangunan yang berhampiran;

(c)

tampakan bangunan itu;

(d)

kelas, reka bentuk, dan rupa bentuk bangunan itu;

(e)

anjakan bangunan itu ke suatu garisan bangunan;

(f)

laluan ke tanah yang di atasnya bangunan itu hendak didirikan; dan

(g)

apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu oleh Datuk

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 33

Bandar bagi maksud perancangan.

(4)

Pemohon yang diberikan suatu arahan bertulis di bawah subseksyen (3) hendaklah jika dikehendaki oleh Datuk Bandar meminda pelan yang dikemukakan bersama dengan permohonannya itu dengan sewajarnya dan mengemukakan semula pelan itu dalam apa-apa tempoh atau tempoh lanjutan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.

(5)

Jika pelan itu tidak dikemukakan semula dalam tempoh atau tempoh lanjutan yang ditentukan itu, permohonan untuk kebenaran perancangan hendaklah disifatkan telah ditarik balik tetapi pemohon boleh mengemukakan suatu permohonan baru.