Skip to content

Seksyen 24

Luputnya perintah pembangunan

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 24 of 66
Seksyen 24

(1)

Sesuatu perintah pembangunan yang dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah sah selama dua belas bulan dari tarikh ia dikeluarkan melainkan jika dilanjutkan dan dalam tempoh itu pembangunan hendaklah dimulakan mengikut cara yang dinyatakan dalam perintah itu atau pelan bangunan berkenaan dengan pembangunan itu hendaklah dikemukakan mengikut mana-mana undang-undang berhubung dengan pendirian bangunan:

Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai berkenaan dengan sesuatu perintah pembangunan yang menyebut dengan nyata di dalamnya bahawa kebenaran perancangan yang diberi itu tidak melibatkan apa-apa kerja bangunan.

(2)

Apabila sesuatu permohonan dibuat bagi maksud itu mengikut cara yang ditetapkan sebelum tamat tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) Datuk Bandar boleh, apabila pemohon membayar fi yang ditetapkan, memberi apa-apa pelanjutan atau pelanjutan-pelanjutan

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 37

kepada perintah pembangunan itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Datuk Bandar.

(3)

Pada memberikan suatu pelanjutan atau pelanjutan seterusnya bagi sesuatu perintah pembangunan di bawah subseksyen (2), Datuk

Bandar boleh mengenakan apa-apa syarat pada perintah pembangunan itu sebagaimana yang difikirkannya patut atau mengubah syarat yang mula-mula dikenakan; dan seksyen 23 hendaklah terpakai dengan apa-apa ubah suaian yang perlu kepada syarat yang dikenakan atau diubah di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi syarat yang dikenakan di bawah subseksyen 22(2).