Seksyen 23
Rayuan terhadap keputusan Datuk Bandar
of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982
(1)
Sesuatu rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh
Datuk Bandar di bawah subseksyen 22(1) atau (2) boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan itu disampaikan kepadanya, oleh seseorang pemohon yang terkilan dengan keputusan
Datuk
Bandar menolak permohonannya untuk kebenaran perancangan atau seseorang yang terkilan dengan apa-apa syarat yang dikenakan oleh Datuk Bandar dalam memberikan kebenaran perancangan berkenaan dengan permohonannya.
(2)
Pada menimbangkan sesuatu rayuan Lembaga Rayuan hendaklah mendengar perayu dan Datuk Bandar.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 267
(3)
Selepas mendengar rayuan itu, Lembaga Rayuan boleh membuat suatu perintah―
(a)
mengesahkan keputusan Datuk Bandar dan menolak rayuan itu; atau
(b)
membenarkan rayuan itu dengan mengarahkan Datuk
Bandar memberi kebenaran perancangan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga Rayuan; atau
(c)
membenarkan rayuan dengan mengarahkan Datuk Bandar supaya memotong atau mengubah suai apa-apa syarat yang dikenakan pada memberikan kebenaran perancangan atau supaya menggantikan syarat itu dengan apa-apa syarat lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga Rayuan.