Skip to content

Seksyen 32

Datuk Bandar boleh menyebabkan pokok ditanam dengan betul

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 32 of 66
Seksyen 32

(1)

Jika—

(a)

syarat bagi memelihara dan menanam pokok tidak dipatuhi; atau

(b)

tanah lapang tidak dibina mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan,

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 47

dengan memuaskan hati Datuk Bandar dalam sesuatu kes yang deposit telah dibuat di bawah seksyen 31, Datuk Bandar boleh, pada bila-bila masa, selepas menyampaikan notis itu kepada orang yang membuat deposit itu menyebabkan pokok ditanam, atau menjalankan atau menyebabkan dijalankan kerja untuk memastikan supaya tanah lapang dibina mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan.

(2)

Kos bagi sesuatu kerja yang hendak dijalankan oleh Datuk

Bandar di bawah subseksyen (1) hendaklah didapatkan semula daripada deposit yang dibuat di bawah seksyen 31.