Skip to content

Seksyen 33

Pembayaran balik deposit apabila kerja selesai

of Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982

ActIn forceProvision 33 of 66
Seksyen 33

(1)

Jika sesuatu deposit telah dibuat di bawah seksyen 31 dan pokok telah ditanam, atau tanah lapang telah dibina mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan, Datuk Bandar boleh, apabila sesuatu permohonan dibuat, membayar balik kepada orang yang membuat deposit itu kesemua atau sebahagian daripada deposit itu.

(2)

Datuk Bandar boleh menahan deposit atau sebahagian daripadanya jika dia berpendapat bahawa—

(a)

pokok itu tidak ditanam dengan betul; atau

(b)

tanah lapang tidak dibina dengan betul mengikut pelan dan penentuan yang diluluskan; atau

(c)

ia dikehendaki bagi sesuatu tempoh penyenggaraan, yang tidak lebih daripada dua belas bulan dari tarikh selesainya kerja itu sebagaimana dinyatakan dalam pelan dan penentuan yang diluluskan.

Pembayaran balik deposit jika kerja bangunan tidak dimulakan