Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Bahagian V · Pemeliharaan dan Penanaman Pokok

36. Larangan memotong pokok yang lilitannya melebihi satu meter

Feedback & support
(1)

Walau apa pun peruntukan seksyen 35 tiada seorang boleh, tanpa kebenaran secara bertulis daripada Datuk Bandar menebang atau memotong mana-mana pokok yang lilitannya melebihi satu meter yang tumbuh di mana-mana tanah kecuali jika―

(a)

ia ditebang atau dipotong untuk mengelakkan bencana yang mendesak; atau

Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 49

(b)

ia ditebang atau dipotong untuk mematuhi mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1) lilitan pokok hendaklah diukur setengah meter daripada bumi dengan syarat bahawa lilitan pokok yang berbanir hendaklah diukur di paras atas banir itu.

(3)

Seseorang yang menebang atau memotong pokok yang melanggar subseksyen (1) atau yang dengan sengaja menyebabkan pokok itu mati yang baginya seksyen itu terpakai melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(4)

Dalam mana-mana prosiding bagi sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dibuktikan bahawa sesuatu pokok telah ditebang atau dipotong, maka hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa pokok itu telah ditebang atau dipotong oleh penduduk tanah di mana pokok itu tumbuh.

Report

Bahagian VI

Caj Pembangunan

Bahagian VII

Lembaga Rayuan

Bahagian VIII

Notis Pembelian dan Pengambilan Tanah

Bahagian IX

Kawasan Tindakan dan Kawasan Pembangunan