Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2013
Federation Light Dues Act 1953
Feedback & supportCharging light duesOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Dius Persekutuan 1953.
Akta ini terpakai di Semenanjung Malaysia sahaja.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“berat tan” ertinya berat tan berdaftar bersih:
Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu kapal yang berat tan berdaftar bersihnya belum ditentukan, berat tan kasarnya hendaklah disifatkan sebagai berat tan berdaftar bersih;
“kapal” mempunyai erti yang sama di bawah Ordinan Perkapalan
Perdagangan 1952 [Ord. No. 72 Tahun 1952];
“Semenanjung
Malaysia”
mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan;
6
Undang-Undang Malaysia
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkapalan saudagar;
“tahun” ertinya suatu tempoh bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember berikutnya.
Pemunya, ejen atau nakhoda tiap-tiap kapal yang dalam pelayarannya memasuki mana-mana pelabuhan atau tempat dalam
Malaysia Barat, selain daripada kapal yang dikecualikan di bawah subseksyen (3), hendaklah membayar dius api sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini kepada pegawai
(kemudian daripada ini disebut sebagai “pemungut”) yang akan dilantik oleh peraturan-peraturan untuk memungut dius api tersebut:
Dengan syarat bahawa dius tidak kena dibayar lebih daripada sepuluh kali dalam mana-mana satu tahun berhubungan dengan kapal yang sama.
Jika dalam mana-mana satu tahun sebuah kapal—
berlepas untuk belayar dari pelabuhan di mana ianya didaftarkan; dan
selepas berlepas itu memasuki mana-mana pelabuhan atau tempat dalam Semenanjung Malaysia lebih daripada satu kali dalam pelayaran tersebut, dius api hendaklah kena dibayar di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan kemasukan pertama sahaja.
Maka hendaklah dikecualikan daripada pembayaran dius api di bawah Akta ini—
kapal kepunyaan atau yang dicatar oleh Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan mana-mana bahagian
Negara-Negara
Komanwel;
Dius Api Persekutuan 7
kapal perang asing;
kapal di bawah lima belas tan;
kapal perikanan;
lain-lain kelas atau perihal kapal sebagaimana yang Menteri akan tetapkan akan melalui perintah.
s 4Resit
Pemungut hendaklah memberi resit bagi dius tersebut kepada tiap-tiap orang yang membayarnya, dan mana-mana kapal yang tidak dapat mengeluarkan resit tersebut apabila diminta oleh Pegawai
Pelabuhan atau pegawai kastam boleh ditahan.
s 5Distres
Sekiranya pemunya, ejen atau nakhoda mana-mana kapal gagal atas permintaan pemungut membayar dius berhubungan dengannya pemungut boleh sebagai tambahan kepada apa-apa remedi lain yang dia berhak menggunakannya, memasuki kapal tersebut dan merampas barang-barang, senjata api, takal atau apa-apa barang lain daripada atau kepunyaan atau berada di dalam kapal tersebut, dan menahan distres tersebut sehingga dius tersebut dibayar.
Sekiranya pembayaran itu tidak dibuat dalam masa tiga hari berikutan daripada distres tersebut, pemungut boleh pada bila-bila masa dalam masa kegagalan membayar tersebut menyebabkan distres itu dinilaikan oleh dua orang yang mencukupi dan selepas itu menjualnya dan menggunakan hasil jualan itu membayar dius yang belum dibayar berserta dengan perbelanjaan munasabah yang dilakukan olehnya di bawah seksyen ini, membayar lebihan, jika ada, atas permintaan kepada pemunya, ejen atau nakhoda tersebut.
Bagi maksud Akta ini maka hendaklah ditubuhkan suatu
Lembaga Dius Api, yang mengandungi Pengarah Perkapalan sebagai
8
Undang-Undang Malaysia
Pengerusi dan tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri.
Semua dius yang dipungut di bawah Akta ini hendaklah dibayar masuk ke dalam suatu kumpulan wang yang akan dikenali sebagai Kumpulan Wang Dius Api dan akan ditadbirkan oleh
Lembaga.
Adalah menjadi tugas Lembaga menggunakan wang kumpulan wang bagi penubuhan, penyenggaran dan pembaikan rumah api, apung-apung, lampu isyarat dan bantuan pelayaran lain di perairan
Persekutuan dan bagi maksud yang bersampingan dengannya.
Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi perjalanan prosidingnya sendiri.
Semua perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengan pentadbiran kumpulan wang hendaklah dibayar dengan wang kumpulan wang.
Menteri boleh melalui peraturan menetapkan kadar dius yang akan dipungut dan masa, tempat dan cara di mana atau dalam mana dius tersebut kena dibayar di bawah Akta ini.
Jadual semua dius dan satu salinan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini mengenai perkara itu hendaklah diposkan ke pejabat pemungut.
s 8Kuasa untuk mengecuali
Menteri boleh meremit kesemua atau mana-mana bahagian daripada dius yang kena dibayar di bawah Akta ini sekiranya pada pendapatnya kesusahan yang berlebihan akan terjadi akibat pembayarannya.
Dius Api Persekutuan 9
s 9Penalti
Nakhoda mana-mana kapal yang—
berlepas atau cuba berlepas dari mana-mana pelabuhan dengan tidak membayar apa-apa dius yang dikehendaki dibayar di bawah Akta ini; atau
menghalang mana-mana orang dalam melaksanakan tugas jawatannya di bawah Akta ini.
boleh apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit.
s 10Section 10
(Dipotong oleh Akta A601).
______________
10
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. 332/58
Perintah Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958
(Pengubahsuaian Undang-Undang)
(Ordinan dan Perisytiharan) 1958
Akta 21/1961
Akta Dius Api Persekutuan
30-04-1953;
(Pindaan) 1958
01-09-1961
Akta 23/1967
Akta Tafsiran 1967
18-05-1967
Akta 160
Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975
(Ringgit) 1975
Akta A601
Akta Dius Api Persekutuan 01-03-1985
(Pindaan) 1984
___________________
11
SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari 2
Akta A601
01-03-1985 3
7
9
10