Seksyen 3
Dius api
of Akta Dius Api Persekutuan 1953
Pemunya, ejen atau nakhoda tiap-tiap kapal yang dalam pelayarannya memasuki mana-mana pelabuhan atau tempat dalam
Malaysia Barat, selain daripada kapal yang dikecualikan di bawah subseksyen (3), hendaklah membayar dius api sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri di bawah Akta ini kepada pegawai
(kemudian daripada ini disebut sebagai “pemungut”) yang akan dilantik oleh peraturan-peraturan untuk memungut dius api tersebut:
Dengan syarat bahawa dius tidak kena dibayar lebih daripada sepuluh kali dalam mana-mana satu tahun berhubungan dengan kapal yang sama.
(2)
Jika dalam mana-mana satu tahun sebuah kapal—
(a)
berlepas untuk belayar dari pelabuhan di mana ianya didaftarkan; dan
(b)
selepas berlepas itu memasuki mana-mana pelabuhan atau tempat dalam Semenanjung Malaysia lebih daripada satu kali dalam pelayaran tersebut, dius api hendaklah kena dibayar di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan kemasukan pertama sahaja.
(3)
Maka hendaklah dikecualikan daripada pembayaran dius api di bawah Akta ini—
(a)
kapal kepunyaan atau yang dicatar oleh Kerajaan Malaysia atau
Kerajaan mana-mana bahagian
Negara-Negara
Komanwel;
Dius Api Persekutuan 7
(b)
kapal perang asing;
(c)
kapal di bawah lima belas tan;
(d)
kapal perikanan;
(e)
lain-lain kelas atau perihal kapal sebagaimana yang Menteri akan tetapkan akan melalui perintah.