Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —

of Akta Dius Api Persekutuan 1953

ActIn forceProvision 2 of 10
Seksyen 2

“berat tan” ertinya berat tan berdaftar bersih:

Dengan syarat bahawa mengenai sesuatu kapal yang berat tan berdaftar bersihnya belum ditentukan, berat tan kasarnya hendaklah disifatkan sebagai berat tan berdaftar bersih;

“kapal” mempunyai erti yang sama di bawah Ordinan Perkapalan

Perdagangan 1952 [Ord. No. 72 Tahun 1952];

“Semenanjung

Malaysia”

mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan;

6

Undang-Undang Malaysia

AKTA 250

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkapalan saudagar;

“tahun” ertinya suatu tempoh bermula dari 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember berikutnya.