Seksyen 6
Keanggotaan dan tugas Lembaga Dius Api
of Akta Dius Api Persekutuan 1953
Bagi maksud Akta ini maka hendaklah ditubuhkan suatu
Lembaga Dius Api, yang mengandungi Pengarah Perkapalan sebagai
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 250
Pengerusi dan tidak kurang daripada empat dan tidak lebih daripada enam orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri.
(2)
Semua dius yang dipungut di bawah Akta ini hendaklah dibayar masuk ke dalam suatu kumpulan wang yang akan dikenali sebagai Kumpulan Wang Dius Api dan akan ditadbirkan oleh
Lembaga.
(3)
Adalah menjadi tugas Lembaga menggunakan wang kumpulan wang bagi penubuhan, penyenggaran dan pembaikan rumah api, apung-apung, lampu isyarat dan bantuan pelayaran lain di perairan
Persekutuan dan bagi maksud yang bersampingan dengannya.
(4)
Lembaga boleh membuat kaedah-kaedah bagi perjalanan prosidingnya sendiri.
(5)
Semua perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengan pentadbiran kumpulan wang hendaklah dibayar dengan wang kumpulan wang.
Peraturan