Skip to content

Seksyen 5

Distres

of Akta Dius Api Persekutuan 1953

ActIn forceProvision 5 of 10
Seksyen 5

Sekiranya pemunya, ejen atau nakhoda mana-mana kapal gagal atas permintaan pemungut membayar dius berhubungan dengannya pemungut boleh sebagai tambahan kepada apa-apa remedi lain yang dia berhak menggunakannya, memasuki kapal tersebut dan merampas barang-barang, senjata api, takal atau apa-apa barang lain daripada atau kepunyaan atau berada di dalam kapal tersebut, dan menahan distres tersebut sehingga dius tersebut dibayar.

Sekiranya pembayaran itu tidak dibuat dalam masa tiga hari berikutan daripada distres tersebut, pemungut boleh pada bila-bila masa dalam masa kegagalan membayar tersebut menyebabkan distres itu dinilaikan oleh dua orang yang mencukupi dan selepas itu menjualnya dan menggunakan hasil jualan itu membayar dius yang belum dibayar berserta dengan perbelanjaan munasabah yang dilakukan olehnya di bawah seksyen ini, membayar lebihan, jika ada, atas permintaan kepada pemunya, ejen atau nakhoda tersebut.