Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VII
48. Gangguan terhadap tanda rasmi
Feedback & supportMana-mana orang yang tanpa kuasa membuka, mengubah, memecahkan, mengalihkan atau memadamkan apa-apa tanda, ikatan atau lak yang diletakkan oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut peruntukan Akta ini pada apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan atau, pada apa-apa bungkusan, tempat, pintu atau bukaan yang mengandungi atau membolehkan akses kepada makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 38