Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VII
54. Peruntukan peralihan
Feedback & supportMana-mana orang yang, pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, sedang mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dan berhasrat untuk terus mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan hendaklah, dalam tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon untuk mendapatkan lesen di bawah seksyen 10.
Apabila diterima suatu permohonan di bawah subseksyen (1)
Lembaga hendaklah mengeluarkan pengakuterimaan kepada orang itu.
Makanan Haiwan 41
Apabila sesuatu permohonan untuk mendapatkan lesen ditolak, Lembaga hendaklah menghantar suatu notis kepada pemohon memberitahu pemohon mengenai penolakan itu dan notis itu hendaklah juga mengarahkan pemohon untuk memberhentikan pengimportan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang terkilan dengan keputusan Lembaga untuk enggan mengeluarkan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan boleh merayu kepada Menteri di bawah seksyen 15.
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) boleh terus mengusahakan aktiviti itu sementara menunggu penentuan permohonannya untuk mendapatkan lesen atau rayuannya kepada
Menteri.
Undang-Undang Malaysia 42
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA–
Makanan Haiwan 43
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA–