Skip to content

Seksyen 50

Kerahsiaan

of Akta Makanan Haiwan 2009

ActIn forceProvision 50 of 54
Seksyen 50
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada pegawai diberi kuasa boleh mendedahkan apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang diperolehnya semasa menjalankan tugasnya dan yang tidak disiarkan dalam mana-mana Warta menurut Akta ini.

(2)

Mana-mana pegawai diberi kuasa yang dengan disedarinya melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.