Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VII
53. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat apa-apa peraturan-peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini.
Khususnya, dan tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi maksud yang berikut:
untuk menetapkan kelayakan, kelakuan dan tugas juruanalisis;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan permohonan, pembaharuan, penggantungan dan pembatalan lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;
untuk menetapkan terma, syarat dan sekatan bagi lesen untuk mengimport makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan spesifikasi dan piawaian makanan haiwan dan membuat peruntukan untuk melaksanakan spesifikasi dan piawaian itu;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan pengangkutan, penstoran, penyimpanan, pelabelan dan pembungkusan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;
untuk menetapkan semua perkara yang berhubungan dengan penggunaan bahan tambahan makanan haiwan, antibiotik, hormon atau bahan kimia lain;
Undang-Undang Malaysia 40
untuk mengawal selia pembuatan, penjualan, pengiklanan dan penggunaan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan;
untuk menetapkan kaedah menganalisis makanan haiwan dan bentuk perakuan analisis;
untuk menetapkan makmal dan mengadakan peruntukan bagi fungsinya;
untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini;
untuk menetapkan kesalahan yang boleh dikompaun; dan
untuk memperuntukkan apa-apa perkara lain yang dimaksudkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, peruntukan Akta ini dan untuk pentadbiran sewajarnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2)
boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.