Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian VII · Siasatan Tentang Kebakaran

46. Mengambil milikan premis dan harta lain yang telah dirosakkan atau dimusnahkan oleh api

Feedback & support
(1)

Jika, disebabkan oleh kebakaran, mana-mana premis atau bahagian mana-mana premis telah menjadi tidak boleh diduduki,

Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa dalam masa tujuh hari selepas kejadian kebakaran itu, mengambil milikan premis itu atau sebahagiannya dan apa-apa harta atau benda lain yang telah dirosakkan, atau sisa-sisa apa-apa harta atau benda lain yang dimusnahkan, oleh kebakaran itu, dan boleh mengekalkan pemilikan ke atas premis, bahagian, harta atau benda itu untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengambilmilikannya, melainkan jika dalam tempoh itu seorang telah dilantik untuk mengadakan siasatan di bawah seksyen 45, yang dalam hal yang sedemikian Ketua Pengarah boleh terus mengekalkan pemilikan premis, bahagian, harta atau benda itu sehingga selesainya siasatan itu.

Perkhidmatan Bomba 41

(2)

Jika Ketua Pengarah telah mengambil milikan mana-mana premis atau bahagian mana-mana premis di bawah subseksyen

(1)

, Ketua Pengarah boleh, di mana-mana perlu, menyebabkan sawar didirikan di sekeliling premis atau bahagiannya itu.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah selepas itu menampalkan notis-notis, di mana-mana tempat supaya orang yang menghampiri premis itu atau bahagiannya dari mana-mana arah boleh melihat satu daripada notis itu semasa dia sampai ke mana-mana sawar atau mana-mana bahagiannya, yang memberitahu orang ramai bahawa milikan premis itu atau bahagiannya telah diambil oleh Jabatan

Bomba dan Penyelamat dan bahawa dilarang untuk memasuki premis itu atau bahagiannya.

Report

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules