Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian VIII · Kumpulan Wang Kebajikan

48. Penubuhan Kumpulan Wang

Feedback & support
(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan

Bomba” yang akan dikendalikan sebagai Akaun Amanah dalam

Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—

(a)

semua denda yang dikenakan ke atas Pegawai Bomba dalam mana-mana prosiding tatatertib;

(b)

satu perdua daripada jumlah wang yang dibayar bagi perkhidmatan Pegawai Bomba yang ditugaskan menjalankan tugas khas di bawah seksyen 50 dan bagi penggunaan kelengkapan yang disediakan baginya;

Undang-Undang Malaysia 42

(c)

semua jumlah wang dan harta lain yang diberikan kepada

Pegawai Bomba dan dilucuthakkan atas perintah mahkamah;

(d)

derma atau hadiah yang diberikan kepada Kumpulan

Wang atau anggota perseorangan Jabatan Bomba dan

Penyelamat masing-masing dan diterima oleh Ketua

Pengarah;

(e)

pendapatan yang didapati daripada pelupusan harta atau pelaburan yang dibeli atau didapati daripada wang

Kumpulan Wang;

(f)

semua jumlah wang atau faedah yang diperoleh daripada penganjuran seminar atau peristiwa lain; dan

(g)

semua jumlah wang yang disumbangkan oleh Kerajaan.

Jawatankuasa Kumpulan Wang Kebajikan Jabatan Perkhidmatan

Bomba 48a. (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa Kumpulan

Wang Jabatan Perkhidmatan Bomba yang hendaklah mempunyai kawalan ke atas Kumpulan Wang.

(2)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Ketua Pengarah sebagai Pengerusi;

(b)

dua orang Pegawai Kanan Bomba yang hendaklah dilantik oleh Menteri; dan

(c)

dua orang pegawai awam yang hendaklah dilantik oleh

Menteri.

(3)

Tiada mesyuarat Jawatankuasa boleh diadakan tanpa kehadiran Ketua Pengarah.

(4)

Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah tiga.

(5)

Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawal selia prosidingnya.

Perkhidmatan Bomba 43

Wang bagi Kumpulan Wang hendaklah diperdapat hanya dengan kebenaran 48b. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan apa-apa kegiatan untuk memperdapat wang bagi Kumpulan Wang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Report

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules