Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran

8. Notis menghapuskan bahaya kebakaran

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah, jika berpuas hati adanya apa-apa bahaya kebakaran di dalam mana-mana premis, boleh menyampaikan—

(a)

kepada orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan, jika dia ialah penghuni premis itu pada masa notis itu hendak disampaikan; atau

(b)

jika orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan bukannya penghuni premis itu pada masa notis itu hendak disampaikan atau tidak diketahui, kepada pemunya premis itu; atau

(c)

jika pemunya premis itu tidak dapat ditentukan atau dijumpai dengan mudah atau tidak berada di Malaysia, kepada penghuni premis itu tanpa mengira sama ada dia ialah orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan, suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran dalam Borang A dalam Jadual Pertama yang menghendakinya untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, dan untuk melakukan semua perkara yang perlu bagi maksud itu; dan notis itu boleh, jika difikirkan patut oleh Ketua Pengarah, menyatakan apa-apa kerja yang perlu dilaksanakan bagi maksud itu.

Undang-Undang Malaysia 20

(2)

Jika difikirkan oleh Ketua Pengarah bahawa bahaya kebakaran itu mungkin akan berulang, dia boleh juga, melalui notis menghapuskan bahaya kebakaran di bawah subseksyen (1) atau melalui notis menghapuskan bahaya kebakaran yang berikutnya dalam Borang B dalam Jadual Pertama, menghendaki orang yang kepadanya notis itu disampaikan untuk melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran yang berhubungan dengan notis itu dan, jika difikirkan wajar oleh Ketua

Pengarah, menyatakan apa-apa kerja yang hendaklah dilaksanakan bagi maksud itu; dan suatu notis yang mengandungi kehendak sedemikian boleh disampaikan walaupun bahaya kebakaran yang berhubungan dengan notis itu mungkin telah dihapuskan pada masa itu.

Report

Bahagian IV

Air dan Pili Bomba

Bahagian V

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules