Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian IV · Air dan Pili Bomba
22. Penstoran air di dalam premis bagi maksud menentang kebakaran
Feedback & support(1)
Ketua Pengarah boleh, bagi maksud memastikan adanya penstoran air yang cukup di tempat yang sesuai di sesuatu premis, mengeluarkan apa-apa arahan kepada mana-mana orang yang mengawal, atau pemunya premis itu supaya menyediakan kemudahan dan bekalan air bagi maksud menentang kebakaran:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidak terpakai bagi pihak berkuasa air.
(2)
Apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah mengikat orang yang kepadanya arahan itu diberikan.
(3)
Mana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa arahan yang diberikan di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.