Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian VII · Siasatan Tentang Kebakaran

45. Suruhanjaya Siasatan Kebakaran

Feedback & support
(1)

Menteri boleh melantik mana-mana orang untuk membentuk suatu suruhanjaya dan untuk mengadakan siasatan tentang punca dan hal keadaan apa-apa kebakaran dan tindakan yang telah diambil untuk menentang atau memadamkan kebakaran itu dan untuk melaporkan tentang punca, hal keadaan dan tindakan sedemikian, dan membuat syor, berdasarkan dapatan siasatan itu, mengenai langkah-langkah yang hendaklah diambil untuk mencegah berlakunya, dan untuk memperbaiki kaedah menentang atau memadam, kebakaran secara amnya.

(2)

Seksyen 8, 9, 11, 12, 13, 14, 15, 19, 21 dan 22

Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 [Akta 119] hendaklah, dengan ubah suaian yang perlu dan setakat yang berkenaan, terpakai bagi siasatan di bawah subseksyen (1) dan bagi mana-mana orang yang mengadakan siasatan itu seolah-olah siasatan dan orang itu masing-masingnya suatu siasatan dan Suruhanjaya di bawah

Akta itu.

Report

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules