Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian VIII · Kumpulan Wang Kebajikan
49. Pentadbiran dan penggunaan Kumpulan Wang
Feedback & supportKumpulan Wang hendaklah ditadbir mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan digunakan—
(a)
untuk memberi pampasan kepada Pegawai Bomba bagi perkhidmatan tambahan atau khas yang diberikan oleh mereka;
(b)
bagi maksud—
(i)
mengadakan keselesaan, kesenangan dan faedah lain, yang tidak dipertanggungkan pada hasil awam, bagi; atau
(ii)
memberikan pinjaman kepada,
Pegawai Bomba, bekas Pegawai Bomba yang telah bersara dengan pencen, ganjaran atau elaun lain atau orang yang bergantung keseluruhannya atau sebahagiannya pada
Pegawai Bomba atau bekas Pegawai Bomba yang telah mati pada masa kematiannya.