Skip to content

Seksyen 11

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 11 of 69

Seksyen 11

(1)

Ketua Pengarah boleh, atas permohonan dan setelah dibayar fi yang ditetapkan dan dibayar apa-apa deposit yang ditetapkan, mengeluarkan lesen berkenaan dengan vesel penangkapan ikan tempatan mana-mana belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan dalam peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2)

Tiada lesen boleh dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut yang menyebabkan atau yang mungkin

Perikanan 23

menyebabkan apa-apa galangan kepada pelayaran atau apa-apa rintangan kepada aliran semula jadi air di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas.

(3)

Mana-mana orang di perairan perikanan Malaysia yang—

(a)

mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;

(b)

mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;

(c)

memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan; atau

(d)

membina atau menubuhkan apa-apa sistem kultur laut tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(3A)

Mana-mana orang di laut lepas yang —

(a)

mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;

(b)

mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; atau

(c)

memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 317

kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(4)

Bagi maksud subseksyen (3) dan (3A), mana-mana bahagian peralatan menangkap ikan hendaklah ditafsirkan sebagai peralatan menangkap ikan yang lengkap melainkan jika dibuktikan sebaliknya.