Seksyen 12
Tidak memulakan kendalian menangkap ikan
ActIn forceProvision 12 of 69
Seksyen 12
(1)
Ketua Pengarah boleh membatalkan mana-mana lesen atau permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini jika selepas tiga bulan dari tarikh ia dikeluarkan kendalian menangkap ikan yang berhubung dengan lesen atau permit itu belum lagi dimulakan dan pemegang lesen atau pemegang permit hendaklah menyerahkan lesen atau permitnya sebaik sahaja diberitahu tentang pembatalan itu.
(2)
Sebelum
Ketua
Pengarah membuat keputusan untuk membatalkan lesen atau permit itu, pemegang lesen atau pemegang permit yang berkenaan hendaklah diberi peluang untuk menunjukkan alasan mengapa lesen atau permitnya itu tidak patut dibatalkan.