Skip to content

Seksyen 44

Larangan mutlak terhadap senjata tertentu

of Akta Perikanan 1985

ActIn forceProvision 47 of 69
Seksyen 44
(1)

Tiada seorang pun boleh membawa, mengguna atau memiliki dalam taman laut atau rizab laut di perairan perikanan Malaysia—

(a)

apa jua senapang angin, serampang, kelengkapan melembing ikan, tempuling atau senapang sedutan; atau

Perikanan 53

(b)

apa jua jenis senjata lain yang berkemungkinan berbahaya kepada hidupan tumbuhan akuatik, hidupan haiwan akuatik atau struktur terumbu karang.

(2)

Penggunaan apa jua senjata yang tersebut dalam subseksyen (1) dari luar batas taman laut atau rizab laut dan ditujukan atau diarahkan ke hala taman laut atau rizab laut adalah juga dilarang.