Seksyen 45
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
ActIn forceProvision 48 of 69
Seksyen 45
(1)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan secara khusus atau amnya untuk mengezonkan, mengurus, memaju, mengawal dan melindungi taman laut dan rizab laut di perairan perikanan Malaysia dan bagi maksud Bahagian ini.
(2)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang berlainan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan taman laut dan rizab laut yang berlainan dan peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan mengenai pembahagian taman dan rizab itu kepada zon dan boleh menetapkan syarat yang menurutnya setiap zon dibentuk dan disenggarai.